TENTANG KAMI
Yayasan Almanjie (YM) dilantik sebagai Rakan Strategik Utama (RSU) di bawah Sekretariat Food Bank Malaysia, KPDNHEP. Perintis kepada tadbir urus Distribution Center (DC) Food Bank Malaysia di seluruh zon oleh Legasi Z Sufi Group of Co yang juga dilantik sebagai Rakan Foodbank Yayasan Foodbank Malaysia (YFBM), Rakan Strategik Foodbank Jawi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, dan RSU Sekretariat Foodbank Malaysia KPDNHEP.
Tahun 2020, keterlibatan Legasi secara aktif dalam tempoh PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) yang bermula 13 Mac 2020. Menyalurkan bantuan kepada pelajar IPT/IPTS, barisan hadapan, mangsa banjir (Kelantan, Pahang & Johor) dan penerima lain. Sepanjang pengurusan, berjaya mewujudkan kerjasama dengan NGO dan Agensi Kerajaan dalam aktiviti Pengumpulan dan Pengagihan Barangan Sumbangan kepada lebih ramai penerima. Kerjasama bersama Foodbank JAWI, KPKT, KLN, KPT, KDN, NADMA, JPAM, PDRM, ATM, PUSPANITA, JKM.